Pages

Monday, 12 December 2011

PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN YANG BERJAYA..

Pameran produk komunikasi video ciptaan Mohd Farhan.
Mohd Farhan meraih anugerah OKU inovatif
Sebahagian daripada alatan elektronik yang direka.
Pelajar Pekak, Mohd Farhan bin Kamarzaman telah menyertai Festival Malaysia Inovatif 2010 yang diadakan di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 hingga 25 November 2010.
Tambahan pula, beliau juga mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan dengan mengemukakan produk ciptaannya yang dikenali sebagai "Video Communication".
Penulis dan seorang sahabat Pekak telah meluangkan masa untuk mengunjungi festival tersebut dan bertemu dengan Mohd Farhan di ruang pamerannya.
Produk tersebut dibangunkan berasaskan konsep teknologi sidang video untuk menjawab permasalahan, iaitu komunikasi antara pekerja Pekak dan majikan Pekak di tempat kerja.
Dengan kemudahan yang sedemikian, pengurus dan penyelia dapat berkomunikasi dengan pekerja-pekerja yang berada di aras ataupun ruang yang berasingan dan juga memantau proses kerja menerusi televisyen dan webcam.
Ia tidak menggunakan teknologi Internet kerana menurut penciptanya, ia hanya melibatkan sistem rangkaian berasaskan kabel video dan akan lebih bermanfaat sekiranya rangkaian Internet tidak berfungsi.
Mohd Farhan sedang menerangkan cara-cara penggunaan sistem kepada pelawat.
Difahamkan bahawa Mohd Farhan mendapat ilham daripada tempat perusahaan pembuatan pakaian milik bapanya, Kamarzaman bin Harun di Bandar Sri Permaisuri untuk mencipta produk tersebut yang ringkas dan berkos rendah.
Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Mohd Farhan kerana produknya tidak memenangi sebarang anugerah yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
Sebelum itu, beliau telah meraih tempat pertama dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Zon Tengah (Kategori OKU) yang diadakan di Melaka dan menerima hadiah wang tunai sejumlah RM 3,000.00.
Usaha beliau wajar dipuji kerana sebagai belia Pekak yang sedang menuntut di Universiti Multimedia, beliau telah menunjukkan kesungguhan untuk menyahut seruan Kerajaan Malaysia menerusi kempen Malaysia Inovatif 2010 dan menyumbangkan produk yang mesra dengan golongan OKU.

0 comments:

Post a Comment