Pages

Wednesday, 7 December 2011

CARA UNIK KAMI BERKOMUNIKASI - BAHASA ISYARAT

Bahasa Melayu Kod Tangan ini bukan Bahasa Malaysia Isyarat Tangan (Malay Sign Language). Bahasa Malaysia Kod Tangan ini diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Malaysia sebagaimana yang didengar, diperbualkan ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia.  Apabila Bahasa Melayu Kod Tangan ini diperturunkan ke dalam bahasa tulisan maka tiada apa-apa perbezaan pun tentang struktur dan semantik  dalam Bahasa Malaysia. Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu akan sama maknanya. Seseorang kanak-kanak pekak yang telah dapat menguasai Bahasa Malaysia Kod Tangan akan dapat "bercakap" Bahasa Malaysia (Kod Tangan) dan menulis bahasa yang lazim dengan rakan-rakannya yang boleh mendengar.
Bagi guru-guru yang mengajar kanak-kanak pekak, maka penguasaan Bahasa Malaysia Kod Tangan secara ilmiah, bukan sahaja mustahak untuk mempelajari Kod Kata Dasar tetapi yang lebih mustahak ialah asas-asas nahu dan tata bahasanya.

0 comments:

Post a Comment